Home Berita PAS Kedah

Warga Pondok sentiasa disantuni, 255 pek makanan disumbangkan

69
SHARE

oleh: NOR FATIN

ALOR SETAR, 28 FEB -Warga pondok disantuni oleh Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS dan sebanyak 255 pek makanan disumbangkan kepada warga pondok pada Ahad lepas.

Program anjuran Dewan Pemuda PAS Kedah bersama Dewan Ulamak Pelapis PAS Negeri Kedah, NGO di bawah Ustazah Effa Ismail serta kerjasama bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling ini  bermula pada jam 9.30 pagi. Program ini berlangsung selama 7 jam dan sebanyak 5 buah Pondok sempat disantuni.

Pondok tersebut adalah Madrasah Misbah Al-Falah, Madrasah Tahzibunnufus, Pondok Ustaz Abdullah, Parit Panjang, Madrasah Nurul Islah dan Madrasah Zuhdiyah, Caruk Salang.

Ustaz Aizat Zakaria selaku Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, dalam ucapannya menyatakan bahawa program kebajikan yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda ini bukan sahaja untuk golongan muda tetapi untuk semua lapisan umur.

“Sumbangan kepada Warga Pondok yang dianjurkan Dewan Pemuda ini tidak semestinya menumpukan Golongan Muda sahaja namum melibatkan semua golongan yang memerlukan

Dewan Pemuda dan semua sahabat hanya membawa amanah daripada seluruh penyumbang yang menyumbang dalam program ini” ujarnya.

Mereka juga turut mengambil peluang yang ada untuk menziarahi Mantan Yang Dipertua PAS Kawasan Baling 1984-2015 Tuan Guru Awang Lanai @ Abdul Wahab Md Hassan.

Dewan Pemuda PAS Kedah merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga pondok yang sudi menerima Kehadiran mereka.