Home Berita PAS Kedah

Warga Pakistan sertai program derma darah anjuran Adun Pedu

171
SHARE

PADANG TERAP – Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Pedu telah menganjurkan program derma darah bertempat di Dewan Sekolah Rendah Integrasi Tunas Islam (SRITI) Nurul Hidayah, Naka, di sini kelmarin.

Program dengan kerjasama Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar ini telah menerima pendaftaran 63 penderma dan berjaya mendapat 41 beg darah hasil komitmen 14 petugas hospital dan 25 urusetia PKWR.

ADUN Pedu, Mohd Radzi Md Amin menyifatkan sambutan kepada kempen itu memberangsangkan dan menzahirkan penghargaan kepada semua penderma dan petugas yang menjayakan program itu.

Selain penduduk tempatan dalam kalangan penoreh getah, peniaga dan kakitangan perkhidmatan awam, turut menderma adalah dua warga Pakistan yang telah tiga tahun menetap dan berniaga kain di sini.

Seorang penderma, Siti Khalifah Jaafar, 28, telah berkongsi pengalaman menderma darah itu yang menggembirakanya di mana turut menerima cenderahati seperti tuala, air dan beras Sejahtera diberikan penganjur.

“Saya harap dapat menderma lagi pada masa akan datang. Buat lagi nanti kami mai lain,” katanya gembira.