Home Berita PAS Selangor

Warga emas tinggal seorang diri – DMPK Sungai Besar

10
SHARE

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Uwais Al-Qarni

Sungai Besar, 3 September – Dewan Muslimat PAS Kawasan Sungai Besar hari ini telah mengadakan misi ziarah ke 3 buah rumah warga emas yang uzur di sekitar Parit 13 Sungai Nibong.

Kehidupan mereka ini yang tinggal keseorangan di rumah tanpa ada ahli keluarga lain yang tinggal bersama, telah menarik perhatian Muslimat PAS Sungai Besar bagi menyampaikan Bakul Makanan yang disumbangkan oleh Pejabat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Sungai Besar, YB Muslimin bin Yahaya.

Ustazah Meseripah Binti Sirat, Ketua DMPK Sungai Besar hadir dalam program ziarah yang dijalankan dan menyantuni serta berkongsi cerita bersama warga emas yang diziarahi.

“Mereka yang ditemui tadi menzahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas sumbangan yang diberikan.”

Dengan keadaan pandemik yang sedang berlaku ini, ditambah dengan faktor anak yang duduk di daerah lain, agak membuat keluarga ini kesepian dan perlukan sokongan untuk berkongsi cerita. Mereka yang ditemui juga rata-ratanya uzur dan sudah menjangkau usia warga emas.

Keprihatinan Muslimat PAS yang hadir pada hari ini, sedikit sebanyak memberikan kegembiraan dan keceriaan buat warga emas yang diziarahi ini.

Turut hadir bersama dalam menyampaikan sumbangan ialah Ustazah Saayah Mohamad, Ketua Muslimat Cawangan Parit 13 Sungai Nibong.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor