Home Berita PAS Selangor

JAMK Hulu Selangor beri bantuan Yan tanpa henti – JAMK Hulu Selangor

47
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Muhammad Alauddin

HULU SELANGOR, 4 September – Sukarelawan Jabatan Amal Hulu Selangor telah berangkat ke Yan, Kedah malam tadi untuk misi bantuan mangsa banjir.

Misi bantuan ini diketuai oleh Pengerusi Khidmat Malaysia Hulu Selangor Tuan Mohd Nizam Mat Rahim merangkap NYDP PAS Hulu Selangor, NGO Geng Talaqqi AF Ustaz Muhamad Naim dan Komandan Jabatan Amal Hulu Selangor Tuan Muhammad Amaluddin dan Aktivis Puan Effa Ismail.

Turut bersama pemuda Jabatan Amal Hulu Selangor yang membantu dalam misi bantuan kemanusiaan ini. Dimaklumkan misi bantuan ini kita menghantar 3 tan lori dan 4 biji pancuan 4 roda.

Para penyumbang telah menyumbangkan barang-barang ke Yan, Kedah termasuk 100 kampit beras 10kg, 100 kit barangan dapur, 100 set cerek elektrik, 20 unit mesin basuh, 100 helai cadar, 100 helai kain pelikat, 100 kain batik, 100 telekung Solat dan 100 keping karpet.

Dewan Pemuda PAS Hulu Selangor rasa terharu atas sumbangan daripada penyumbang-penyumbang untuk mangsa banjir Yan,Kedah. Semoga Allah SWT memberikan ganjaran di akhirat kelak, In Sya Allah.

Harap semua pihak sentiasa ada usaha dapat menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir Yan,Kedah disana. Khususnya memahami konsep tema Negara “Keluarga Malaysia”

Boleh salurkan bantuan ke:

Bank : Maybank
Akaun : JABATAN AMAL HULU SELANGOR
No. akaun : 562991015551

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor