Home Berita PAS Negeri Sembilan

Prihatin Port Dickson sumbang kit pengurusan jenazah

67
SHARE

Oleh : FAKHRULRAZI MOHAMAD YUSOF

PORT DICKSON, 4 SEPTEMBER : Persatuan Prihatin Port Dickson (PD) telah menyampaikan Kit Pengurusan Jenazah di di Masjid Desa dan Surau Taman Aneka semalam.

Sumbangan kit tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Prihatin PD, Abdul Fatah Zakaria kepada Imam Masjid Desa PD, Suhaimi Jamal dan Pengerusi Surau Taman Aneka, Kassim Abdullah.

Abdul Fatah memaklumkan bahawa pembelian kit pengurusan jenazah tersebut adalalah dengan menggunakan dana yang dikumpulkan oleh orang ramai dengan penyelarasan oleh Pos Malaysia, Cawangan PD.

Pengerusi Prihatin PD berkata, “Bertepatan dengan tema sambutan kemerdekaan yang ke-64 tahun ini, Malaysia Prihatin, sememangnya pemberian kit tersebut sungguh bermakna sebagai tanda keprihatinan warga PD terutama dalam soal pengurusan jenazah.”

“Gagasan Keluarga Malaysia yang baru diperkenalkan oleh Perdana Menteri Ke-9, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakub selari dengan program yang kami laksanakan hari ini kerana kit yang disumbangkan kepada masjid dan surau yang terpilih adalah untuk kegunaan penduduk kariah masing-masing setiap kali berlaku kematian,” ujar Abdul Fatah.

Beliau mewakili Prihatin PD mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pos Malaysia PD dan para penyumbang.

Prihatin PD amat mengalu-ngalukan sumbangan daripada dermawan sekalian agar kami dapat terus melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun PERTUBUHAN PRIHATIN PORT DICKSON (PRIHATIN PD) Bank Muamalat, nombor akaun 05020000379719

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian :
019-336 9290 – Pengerusi dan 019-660 9695 – Setiausaha.