Home Berita PAS Melaka

Warga emas Melayu paling sedikit daftar vaksinasi Covid-19 – PJ PAS Melaka

120
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 25 Mei : Hanya 47 peratus sahaja rakyat Melaka yang sudah mendaftar untuk vaksinasi Covid-19 dan lebih malang lagi apabila terlalu sedikit warga emas Melayu yang datang untuk vaksinasi berbanding kaum Cina.

Demikian dinyatakan Pesuruhjaya PAS Melaka, Datuk Ustaz Kamarudin Sidek dalam satu kenyataan media yang dihantar ke Bilik Berita Wartawan Rakyat Melaka (WARM) pagi tadi.

Menurut beliau kerajaan telah mengeluarkan peruntukan lebih RM3 bilion untuk langkah pencegahan daripada merebaknya Covid-19. Akan tetapi sambutan agak mendukacitakan.

 

“Setakat ini cuma 32 peratus sahaja daripada 32 juta rakyat Malaysia yang sudah mendaftar MySejahtera untuk menerima vaksinasi,” ujar beliau.

Beliau yang juga Penasihat Agama Kepada Ketua Menteri Melaka itu menambah, rakyat perlu berganding bahu bersama kerajaan dalam memerangi Covid-19.

“Pelbagai usaha telah dijalankan, tetapi masih ramai tidak ambil peduli bahkan seolah-olah sanggup menunggu saat kematian.

“Justeru itu, saya menyeru agar semua lapisan masyarakat agar mengambil perhatian terhadap usaha kerajaan ini.

“Dan jangan sesekali terpengaruh dengan anasir hasutan jahat yang anti-vaksin yang tidak mempunyai kepakaran dan kelayakan untuk memberi komen dan pandangan,” ujar beliau lagi.

Ustaz Kamarudin turut menyeru kepada semua rakyat Malaysia khususnya rakyat Melaka agar menyahut saranan kerajaan supaya melakukan selflockdown.

“Jaga diri kita dan keluarga kita stay at home,” ujar beliau lagi.

 

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .