Home Artikel PAS Pahang

Waqaf Katil Pesakit inisiatif kebajikan Pusat Khidmat ADUN Beserah

354
SHARE

20 September 2020/2 Safar 1442H

Pusat Khidmat ADUN Beserah menganjurkan konsep Waqaf Katil Pesakit bagi membantu golongan kurang bernasib baik sekitar DUN Beserah.

Konsep ini merupakan inisiatif kebajikan yang membuka peluang untuk masyarakat mewaqafkan katil pesakit kepada Pejabat Khidmat ADUN Beserah dan di serahkan kepada pesakit.

Terdapat 20 buah katil waqaf yang telah di uruskan oleh Pusat Khidmat tersebut.

Pusat khidmat ini juga sedia menerima aduan masyarakat berkenaan bencana, masalah tanah dan pelbagai aduan rakyat.

Pihak pejabat melalui Pengarahnya, Ali Akbar Othman memaklumkan bahawa pasukan Pusat Khidmat sedia membantu menyelesaikan masalah rakyat secepat mungkin.

Segala aduan dan pertanyaan berkenaan Waqaf Katil Pesakit boleh menghubungi nombor 019 915 5322 atau emel ke adunbeserah@gmail.com