Home Artikel PAS Pahang

Pasaraya Taybah Sahut seruan BMF

968
SHARE

BALOK,20 September 2020, Pasaraya Taybah Balok Kuantan merupakan sebuah pasaraya milik bumiputera yang terletak di Lorong Baluk Barat 13.

Bersesuaian dengan namanya taybah,pasaraya ini berusaha memasarkan barangan halal lagi suci yang tidak perlu diragui dan dipastikan pengeluarannya adalah daripada keluaran muslim.

Bermula hanya dari sebuah kedai runcit, kemudiannya telah mendapat sambutan yang menggalakkan ketika kempen Buy Muslim First (BMF), telah mendorong pemiliknya,Siti Suraya Mahani Mohamad membuka pasaraya.

Pasaraya Taybah telah dibuka pada bulan Februari 2020 dengan seramai 15 orang pekerja tempatan dan berkeluasan tiga lot kedai yang mana terdapat juga pasar basah.

Namun pada bulan Mac,Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dikuatkuasakan akibat penularan wabak covid 19 telah menyebabkan pasaraya ini sedikit terjejas kerana kesukaran untuk mendapatkan bekalan.

“Sepanjang tempoh PKP itu, kami betul-betul struggle, kerana banyak kilang muslim tutup”,ujar Siti Suraya.

Memandangkan pelanggan Pasaraya Taybah bukan hanya sekitar Balok,tetapi juga dari Sg Ular,Cherating dan Kemaman,beliau telah mengambil inisiatif mengembangkan perniagaannya secara atas talian melalui shoppe online.

“Kami membekalkan barangan keperluan kepada hotel dan sekolah selain turut memberi infaq kepada golongan yang memerlukan,”

“Kami turut menawarkan harga yang rendah kepada para peniaga,jadi sokonglah Pasaraya Taybah agar sama-sama dapat kembangkan ekonomi muslim,” ujar beliau mengakhiri perbualan.