Home Artikel PAS Pahang

Jentera Pilihanraya DUN Jengka siap siaga

289
SHARE

YB Jengka, Ustaz Shahril Azman Abdul Halim yang juga YDP PAS Kawasan Kuala Krau hari ini telah merasmikan pelancaran Jentera Pilihanraya DUN Jengka di Pusat Tarbiah di Jengka 16.

Semua jentera hadir mendengar taklimat dan ucapan bagi mula menggerakkan segala persiapan bagi menghadapi pru15 yang akan berlangsung pada bila bila masa sahaja.

Taklimat juga telah dibentangkan oleh JK JPR PAS Pahang bagi memberikan pencerahan tentang situasi semasa dan langkah langkah serta strategi yang mesti dilakukan oleh semua jentera di semua peringkat.

“Kita adakan majlis ini bagi memberikan signal kepada semua jentera dan ahli PAS bahawan semua usaha dan gerak kerja ke arah memenangkan PAS pada pru15 nanti.”