Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Wanita Sedunia, Ayuh Solidariti untuk Palestin!

150 views
SHARE

Kenyataan Media
7 Mei 2019 | 2 Ramadhan 1440
Wanita Sedunia, Ayuh Solidariti untuk Palestin!


1. Muslimat PAS mengecam tindakan berterusan dan tidak bertamadun Israel yang dengan mudahnya mengambil nyawa kanak-kanak, wanita dan orang awam Palestin demi keselamatan dan kepentingan mereka.

2. Tindakan ini jelas melanggar Undang-undang Antarabangsa khususnya Konvensyen Geneva IV yang mewajibkan tentera bagi negara-negara pihak yang berperang untuk memastikan rakyat awam lebih-lebih lagi wanita dan kanak-kanak tidak menjadi mangsa korban kepada tindakan kekerasan ketenteraan. Sementelah, Israel sendiri adalah negara parti kepada Konvensyen tersebut.

3. Justeru, Muslimat PAS menyeru agar semua badan wanita dan kebajikan di negara Arab khasnya untuk bangkit menyatakan pendirian serta bersatu menggunakan segala kemampuan harta dan pangkat demi membantu golongan rentan yang dizalimi di Palestin.

4. Asasnya, atas dasar perpaduan dan tentangan kepada sebarang bentuk kezaliman, Muslimat PAS juga menyeru semua pihak tanpa mengira latar belakang agama untuk bangkit bersolidariti sehingga Israel menghentikan tindakan tidak berperikemanusiaan ini.

‘Islam Memimpin’

Sen. Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua 
Dewan Muslimat PAS Malaysia