Home Rencana PAS Johor

Wanita PN Johor : Tahniah TSMY

182
SHARE

WANITA PN JOHOR RAKAM UCAPAN SEKALUNG TAHNIAH ATAS PELANTIKAN SEBAGAI PENGERUSI MAJLIS PEMULIHAN NEGARA

1. Wanita Perikatan Nasional Negeri Johor (PN Johor) ingin merakamkan ucapan sekalung tahniah kepada YB Tan Sri Muhyiddin bin Yassin atas pelantikan sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri.

2. Jemaah Menteri pada 1 September lalu telah membuat keputusan dan pelantikan ini telah diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali baru-baru ini.

3. Wanita PN Johor ingin menzahirkan penghargaan dan rasa terharu terhadap YB Tan Sri Muhyiddin atas kesudian menerima pelantikan ini berbekalkan keyakinan tinggi untuk mengemudi strategi pemulihan negara supaya dapat mencapai impak pemulihan ekonomi dan memulihkan semula kehidupan rakyat yang semakin terjejas akibat pandemik Covid-19 yang melanda khususnya di negara kita .

4. Wanita Perikatan Nasional Negeri Johor menzahirkan rasa terharu atas pendirian dan hasrat YB Tan Sri Muhyiddin yang berbesar hati menerima pelantikan ini dan menyatakan kesediaannya untuk menjalankan tugas dengan sukarela tanpa sebarang imbuhan sepanjang melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan ini.

5. Wanita PN Johor sentiasa mendoakan agar YB Tan Sri Muhyiddin dapat terus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi untuk membawa negara kita keluar daripada pandemik Covid-19 dengan penuh kesabaran dan kecekalan yang tinggi.

6. Semoga segala usaha murni diberkati dan dirahmati ILLAHI serta sentiasa di dalam keberkatan dan keredhaanNYA .

Sekian.Terima kasih.

 

Salam hormat:

NORMALA SUDIRMAN

Ketua Penerangan Wanita Perikatan Nasional Negeri Johor

Merangkap

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Johor