Home Kenyataan Media PAS Selangor

Jangan ganggu lagi hutan simpan di Selangor – Muafakat Nasional Negeri Selangor

57
SHARE

May be an image of ‎2 people and ‎text that says "‎وُوَااسنل SELANGOR KENYATAAN MEDIA #BersamaMNSelangor JANGAN GANGGU LAGI HUTAN SIMPAN DI SELANGOR YB DATO DR AHMAD YUNUS BIN HAIRI YB TAN SRI NOH BIN OMAR Pengerusi Bersama Muafakat Nasional Negeri Selangor 09 September 20211 02 Safar 1443H‎"‎‎

Saff Bahtera BPPNS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Tan Sri Noh bin Omar
Pengerusi
Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor

Dato Dr Ahmad Yunus bin Hairi
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

KENYATAAN MEDIA
MUAFAKAT NASIONAL NEGERI SELANGOR

JANGAN GANGGU LAGI HUTAN SIMPAN DI SELANGOR

1. MN Negeri Selangor mengalu-alukan langkah kerajaan PH Negeri Selangor yang akhirnya bersetuju mewartakan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) setelah menyahwartakannya secara tergesa-gesa dan tanpa mengambil kira pandangan rakyat dan NGO serta pelbagai agensi berkaitan termasuk usul di dalam sidang DUN yang disokong oleh semua ADUN dan diluluskan sebagaimana direkodkan dalam Warta Kerajaan Negeri Selangor bertarikh 12 Ogos 2021.

2. Ekoran tindakan terbaru ini terbukti integriti kerajaan PH Selangor dipertikaikan kerana mesyuarat MMKN 17/2021 bertarikh 5 Mei 2021 sebelumnya telah meluluskan nyahwarta ini dalam mesyuarat mereka. Pihak yang menyokong pelan pembangunan di kawasan HSKLU ini sehingga meyakinkan MB dan kerajaan negeri meluluskannya walau dibantah rakyat perlu memikul tanggungjawab dan disiasat.

3. MN Selangor memberi amaran kepada Menteri Besar dan kerajaan negeri PH Selangor agar jangan lagi bertindak membelakangkan pandangan rakyat dan pihak berkepentingan semata-mata kerana ingin meraih keuntungan dan kepentingan politik. Warisan Hutan Paya Gambut negeri ini sangat bermakna dan berharga buat semua lebih-lebih lagi generasi kita yang akan datang, menyentuh apalagi membangunkan kawasan seumpama ini sesungguhnya mengkhianati warisan dan khazanah negeri.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Pengerusi Bersama Muafakat Nasional Negeri Selangor pada hari ini Khamis 9 September 2021 bersamaan 2 Safar 1443.

9 September 2021 | 2 Safar 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor