Home Berita PAS Johor

Wanita bukan sebagai pesaing politik, tetapi pelengkap organisasi

129
SHARE

Oleh : HARITH HAQEEMI dan ABU HADIF

KULAI, 6 Nov : “Saya menyambut dengan sokongan penuh kepada Ucapan Dasar Presiden PAS yang disampaikan oleh Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke-67 pagi ini,”

Demikian lafaz bicara yang disampaikan oleh Ketua Muslimat PAS Kawasan Sekijang,Normala Sudirman ketika ditemuramah dalam mengulas ucapan dasar presiden pagi ini,di sini.

“Tema Islam Menyatukan Ummah yang membawa prinsip Penyatuan Ummah yang sangat penting iaitu yang pertama, adil kepada semua. Yang kedua ialah sebagai satu keluarga dan yang ketiga ialah Islam Memimpin. Ketiga-tiga ini merupakan tiang yang sangat penting untuk dihadam oleh semua muktamirin dan muktamirat dan yang lebih menarik ialah peranan PAS sebagai pendamai.

“Ucaptama yang disampaikan mengandungi banyak pesanan, nasihat dan juga bimbingan yang amat bermakna untuk kita semua sebagai penggerak parti untuk kita sentiasa istiqamah dalam perjuangan serta membawa tema atau mesej yang sangat penting iaitu Islam yang Menyatukan Ummah.

“Antara arahan yang jelas kepada jentera PAS ialah bagaimana kita perlu tingkatkan takwa kepada Allah. Seterusnya, taat kepada parti dan kepimpinan. Yang ketiga peranan kita untuk pengukuhan parti dan yang keempat ialah pemantapan tarbiyah. Seterusnya ialah pemantapan organisasi dan yang keenam, aktifkan jentera pilihan raya ke peringkat akar umbi, antara perkara yang paling penting untuk bersedia kerana kita bakal menghadapi PRU15 dalam masa tidak kurang setahun lagi.

“Dan seterusnya ketujuh ialah pemilihan calon yang berwibawa. Kita mengharapkan calon yang akan ditampilkan adalah calon yang membawa mesej dan duta kepada PAS sebagai kombinasi golongan muda, ulama, profesional, muslimat muda dan dewan muslimat itu sendiri yang mana berperanan sebagai 30 peratus pembuat dasar.”

“Harapan saya yang berpengalaman pernah menjadi calon Pilihanraya Kecil, dan calon dalam beberapa PRU, supaya anggaplah wanita bukan pesaing politik, tetapi sebagai pelengkap sesebuah organisasi. Raikan kami, dan berikan ruang kepada kami sebagai muslimat untuk Bersama dalam mentadbir negara.”

Beliau yang juga Ketua Penerangan Wanita Perikatan Nasional Johor merupakan perwakilan daripada Kawasan Sekijang yang hadir bersama ahli kawasannya yang lain dalam Muktamar Tahunan PAS Pusat peringkat negeri di Le Grandeur Palm Resort Senai, di sini pagi ini.