Home Artikel PAS Pulau Pinang

Wanita Boleh Jana Pendapatan Dengan Bisnes Meroti

212 views
SHARE

2 Rejab 1440 H| 9 Mac 2019 | Sabtu

Oleh: Nabihah Fauzi

Tasek Gelugor: Kelas Meroti yang diadakan semalam disertai oleh 41 orang peserta. Kelas meroti anjuran Nusaibah Tasek Gelugor ini terbuka kepada orang ramai yang berminat untuk mempelajari asas membuat roti.

Peserta dapat mempelajari lima jenis roti dalam kelas meroti semalam iaitu roti sosej, roti pandan, roti kacang, roti pizza dan roti sarang lebah. Peserta turut diajar cara membuat mi oleh cikgu kelas meroti ini, Cikgu Azizah Ashaari.

Kelas meroti ini juga turut memberi galakan kepada para suri rumah atau para wanita yang ingin menambah pendapatan melalui bisnes membuat roti. Para peserta juga dialu-alukan untuk meneruskan sesi pembelajaran membuat roti jika berminat serta diberi khidmat nasihat khas cara menjana pendapatan dari rumah.

Kemahiran membuat roti antara kemahiran yang boleh dipelajari oleh kaum wanita tidak kira peringkat umur dan juga kerjaya. Suri rumah terutamanya dapat mengambil manfaat ini untuk menghasilkan roti buatan sendiri dan mungkin boleh dipasarkan.