Home Artikel PAS Wilayah

Mesti Lebih Sabar Dari Musuh

93 views
SHARE

BATU, 10 Mac – Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu telah berjaya menyempurnakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 31 di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZM), semalam.

Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh hampir 70 orang perwakilan dan pemerhati muslimat dari cawangan – cawangan di kawasan Batu antaranya, Padang Balang, Taman Melewar, Taman Koperasi Polis Fasa 2, Taman Dato Senu dan lain – lain.

Dalam ucapan aluan Ketua Muslimat PAS Batu, Puan Hajah Salbiah binti Abdul Wahab telah mengingatkan para muslimat agar memberikan sepenuh komitmen kepada program Gelombang Akifi yang sering diadakan di mana – mana peringkat dalam PAS. Beliau juga berpesan kepada para hadirin agar tidak membawa masuk tarbiyah lain ke dalam jemaah.

Ustaz Hasbullah Ridzwan, Ketua Penerangan PAS Selangor yang hadir untuk merasmikan mesyuarat agung kali ini telah memberikan kata – kata semangat kepada para muslimat kerana terpilih dalam sofwah mukhtarah (barisan terbaik) yang memperjuangkan agama Islam. Beliau turut menyeru kepada semua yang hadir untuk bersabar dalam perjuangan ini.

“Kita mesti lebih sabar dari musuh. Jangan menjadi penebuk kepada bahtera jemaah. Sabar dan tingkatkan kesabaran,” ujar beliau lagi.

Majlis perasmian mesyuarat kali ini juga turut diserikan dengan tayangan montaj program – program anjuran Dewan Muslimat PAS Batu dan penyampaian anugerah bagi menghargai para muslimat yang menunjukkan komitmen padu dalam menjayakan aktiviti – aktiviti PAS di kawasan ini.

Pemilihan pucuk pimpinan Dewan Muslimat Kawasan Batu kali ini telah mengekalkan Puan Hajah Salbiah sebagai Ketua Muslimat, Ustazah Teh Izanuri Jamaluddin sebagai Timbalan Ketua dan Ustazah Hasliza Zainol sebagai Naib Ketua bagi sesi 2019/2021. Tahniah dan takziah kepada semua ahli jawatankuasa yang terpilih!