Home Kenyataan Media PAS Pulau Pinang

Wajah sebenar YB Permatang Pasir

496
SHARE

PAS Permatang Pauh kecewa dan kesal berhubung kenyataan YB Permatang Pasir diatas kenyataan berhubung status tiga kanak-kanak mualaf yang sedang hangat melanda Negara ketika ini.Saya melihat tindakan YB hanya kerana ingin menjaga undi bukan islam serta sebagai bukti kesetiaan YB kepada DAP lebih menjadi keutamaan daripada isu melibatkan akidah umat Islam dan amat malang bagi masyarakat Islam pengundi DUN Permatang Pasir,Permatang Pauh.

PAS Permatang Pauh melihat isu ini sebagai usaha YB untuk menunjukan sikap YB kononnya “Rahmatan Lil Alamin”tetapi sebenarnya membuktikan YB hanya boneka dan menjadi alat DAP untuk terus bersikap biadap terhadap Islam bila mana kenyataan Timb Ketua Menteri P.Ramasamy secara jelas mengeluarkan kenyataan provokatif terhadap intitusi Islam dalam hal kemasukan tiga anak-anak ini kedalam Islam.

Kenyataan Mufti Perlis Sahibus Samahah Dr Mohd Asri Zainul Abidin tentang status Islam anak-anak tersebut jelas tiada paksaan terhadap mereka dan mengikut undang-undang Agama Islam negeri Perlis.

Sepatutnya YB tidak perlu mengeluarkan kenyataan tentang status anak-anak ini kerana isu sebenarnya hak penjagaan antara ibu dan anak-anak tersebut bukan isu tentang penukaran agama anak-anak tersebut kepada Islam.Selagi mana mahkamah belum memutuskan status islam mereka mengapa perlu YB senada dengan DAP untuk mempertahankan status Islam anak-anak tersebut tidak selari dengan perlembagaan adakah YB lebih ingin melihat murtadnya anak-anak tersebut ?

Islam tidak pernah menghalang antara ibu dan anak untuk bersama walaupun berlainan agama tetapi Islam tegas dalam soal akidah umat Islam tiada kompromi dalam isu ini.

Surah al-Kafirun ayat 1-6 yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.”

Nasihat saya cukuplah menjadi penjilat DAP demi kuasa dan jawatan.

Hj. Omar Hassan
Yang di-Pertua PAS Kawasan Permatang Pauh