Home Berita PAS Perlis

Ulamak Arau anjur Karnival Mahabbah Israk Mikraj

222
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

ARAU, 23 Feb: Dewan Ulamak PAS Kawasan Arau (DUPKA) akan menganjurkan Karnival Mahabbah Israk Mikraj selama dua hari, bermula 4 Mac depan.

Menurut ketuanya, Ustaz Mohamad Nasir Nyan, pelbagai acara disediakan untuk semua lapisan masyarakat pada karnival yang bertempat di Setor Koperasi Satu Harakah Perlis Berhad, di Kampung Behor Mali.

“Program yang julung-julung kali diadakan ini turut mendapat kerjasama pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan seperti PDRM, JPJ dan KPDNHEP yang membuka kaunter mereka.

“Antara acara menarik menanti para pengunjung termasuklah pemeriksaan kesihatan percuma, Jualan Prihati Rakyat, Kenduri Cucuaq Adabi, pertandingan memasak gulai ikan dan Forum Israk Mikraj serta munajat peperiksaan pada sebelah malamnya.

“Turut diadakan adalah majlis penyampaian sumbangan kepada golongan OKU dan serahan Zakat Perniagaan Koperasi Satu Harakah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bagi pengguna perkhidmatan perbankan pula katanya, mereka boleh berurusan di kaunter TH Mobile dan kaunter perbankan yang turut dibuka.

“DUPKA ingin mengajak seluruh rakyat di negeri ini untuk datang beramai-ramai bagi memeriahkan lagi karnival yang akan diadakan nanti,” katanya.