Home Berita PAS Kedah

Wacana Siasah: Apa nikmat yang anak muda dapat?

96
SHARE

Oleh ROZAIDI TAIB

ALOR SETAR, 20 Okt – Apakah nikmat yang akan diperolehi oleh anak muda setelah gagasan Kedah Sejahtera diperkenalkan oleh pentadbiran negeri Kedah sejak lebih satu tahun yang lalu.

Kupasan mengenainya akan dihurai oleh Ustaz Nurul Amin Hamid, Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Kedah dalam program “Wacana Siasah” terbitan Badan Perhubungan PAS negeri Kedah.

Program bual bicara yang disiarkan secara atas talian serentak di Facebook rasmi PAS Kedah, TV PAS Kedah dan radio online, Hijau FM menampilkan Saudara Mohammad Aminur Syafiq selaku hos tetapnya.

Penerbit Program, Khairun Nizar Ismail berkata program ini akan bersiaran pada setiap hari Jumaat, jam 9 malam.

“InsyaAllah, siaran sulung yang bertajuk ” Kedah Sejahtera: Apa Nikmat untuk anak muda akan disiarkan pada Jumaat ini jam 9 malam,”

“Pada siri seterusnya akan menampilkan pimpinan parti pelbagai peringkat dalam mengulas pelbagai isu semasa, politik, agama serta pencapaian kerajaan negeri dan pusat di mana PAS adalah sebahgian daripadanya,” katanya.

Jesteru beliau menyeru ahli, penyokong PAS serta siapa sahaja untuk mengikuti program ini bagi mendapat penjelasan yang lebih terperinci mengenai apa yang diperjuangkan parti PAS.