Home Berita PAS Perak

[VIDEO]Razman ziarah Pegawai Khas di HRPB Ipoh

115
SHARE

Oleh : Abu

IPOH: YB Exco Tuan Haji Razman Zakaria menziarahi pegawai khas beliau saudara Ahmad Faisal Puait di Hospital Raja Perempuan Bainun Ipoh. Beliau dimasukkan ke hospital selepas mengadu sakit dada lebih kurang jam 6 petang semalam.

Menurut ibunya puan Hasniyah Ramli, keadaan Faisal pada sebelah pagi agak tenat namun makluman terakhir (petang) dari doktor yang merawat memaklumkan beliau sudah boleh duduk. YB sempat bertemu dan menyantuni keluarganya di perkarangan lobi hospital.

Sebelum pulang YB Exco sempat bertemu wakil dewan belia yang turut sama menziarahi. Sama-sama kita doakan agar beliau diberi kesembuhan seperti sediakala. Untuk rekod beliau merupakan mantan Ketua Pemuda PAS Perak sesi 2019-2021 yang lalu.