Home Berita PAS Perak

(VIDEO) Operasi Disertai Dua EXCO Perak Berjaya Temukan Nelayan Hilang | YB Razman

395
SHARE
OPERASI DISERTAI DUA EXCO PERAK BERJAYA TEMUKAN NELAYAN HILANG
BAGAN SERAI – Pencarian nelayan yang dilaporkan hilang setelah disyaki terjatuh ke dalam laut akhirnya berjaya ditemui hari ini.
Ketika ditemukan sekitar jam 11 pagi mangsa dalam keadaan terapung dan sudah pun meninggal dunia.
Mangsa, Ng Choon Lee dilaporkan hilang tiga hari lalu ketika menaiki bot dalam perjalanan pulang ke jeti dari menangkap ikan di perairan Kuala Kurau.
Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak YB Tuan Haji Razman Zakaria yang menyertai operasi pencarian pada pagi tadi dengan menaiki bot Jabatan Perikanan turut bersama membantu menaikkan mayat mangsa di tempat ditemui ke dalam bot untuk dibawa pulang ke jeti marin Kuala Kurau.
Razman diiringi oleh Exco kerajaan negeri yang juga merupakan ADUN Kuala Kurau Datuk Abdul Yunus Jamahri mengucapkan takziah kepada keluarga di atas kejadian yang menimpa.
Beliau juga turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam misi pencarian khususnya pihak jabatan Perikanan, polis marin, agensi penguatkuasaan maritim Malaysia dan para nelayan yang berusaha mencari sehingga ditemui.
Setelah tiba di jeti Kuala Kurau Razman yang juga ADUN Gunung Semanggol segera bertemu dan menenangkan waris yang kelihatan sebak menunggu ketibaan bot yang membawa mangsa.
Turut hadir Pengarah Jabatan Perikanan Perak Encik Zaki Mokri.