Home Artikel PAS Perak

Sumbang 10K Untuk Pembukaan Akaun SSPN | YB Razman

231
SHARE
TAJAAN KERAJAAN RM200, YB PULA SUMBANG RM10K UNTUK BUKA AKAUN
BAGAN SERAI – Tabung simpanan pendidikan anak perak merupakan antara insentif atau bantuan dari kerajaan negeri Perak kepada rakyat di negeri ini yang lahir bermula tahun 2010.
Ia memperuntukkan tajaan berjumlah RM200 dalam bentuk simpanan kepada setiap mereka yang layak menerima setelah permohonan dibuat.
Walaubagaimanapun, pemohon hendaklah terlebih dahulu membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dimana asas pembukaan akaun memerlukan deposit sekurang-kurangnya RM20.
Selepas pemohon mempunyai akaun SSPN barulah pihak kerajaan akan menyumbang tajaan sebanyak RM200 tersebut dengan pendepositan ke dalam akaun selepas permohonan diluluskan.
Terkadang, ramai di kalangan penerima yang layak (keluarga berpendapatan di bawah RM 5000) tidak tahu dan sesetengahnya mengalami kesukaran tertentu untuk terlebih dahulu membuka akaun SSPN.
Memahami situasi tersebut, ADUN Gunung Semanggol Tuan Haji Razman Zakaria telah menyumbang sejumlah RM10ribu untuk diagihkan kepada pelajar bagi membuka akaun SSPN tersebut.
Ia disusuli dengan kerjasama pihak PTPTN sebagai pemudahcara di mana para pelajar hanya perlu membuat urusan dengan memberikan maklumat asas yang diperlukan kepada pihak sekolah. Memadai dengan maklumat asas yang diberikan oleh guru dari penerima yang terpilih urusan pembukaan akaun berserta deposit asas RM20 akan dilakukan oleh pihak PTPTN.
Petang semalam, Razman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak diiringi pengurus PTPTN Perak, Andi Nurali Mohamed menyampaikan penyerahan sumbangan kepada guru besar dan pengetua di sekolah sekitar DUN Gunung Semanggol di mana sejumlah 500 pelajar akan dipilih oleh pihak guru untuk menerima sumbangan tersebut.
Antara sekolah yang sempat diserahkan semalam adalah SMK Bagan Serai, SK Jalan Matang buluh, SK Bagan Serai, SK Parit Haji Taib, SMK Abu Bakar Al-Baqir, SK kampung tua, SK Haji Dahlan, SK Gunung Semanggol dan SK Tebuk Panchor manakala selebihnya akan diserahkan dalam masa terdekat.
Selain sumbangan untuk membuka akaun SSPN, YB turut meluluskan peruntukan berjumlah Rm30 ribu untuk membina dataran kejat di SK Kampung tua, memasang air cond di SK Parit Haji Taib dan sumbangan untuk memasang papan tanda tulisan jawi kepada SMK Abu Bakar Al-Baqir.