Home Berita PAS Kedah

Veteran UMNO serahkan borang keahlian PAS; Jom semua jadi ahli PAS

1259
SHARE

 

Alor Setar, 20 Julai 2023- Veteran UMNO putuskan serah borang keahlian PAS di Markaz UDM Sg.Kob. baru-baru ini.

Ustaz Haji Mohd Hassan, yang merupakan vetetan UMNO menyerahkan borang keahlian PAS kepada Dato’ Ustazah Ashah Ghazali. Beliau juga turut dikategorikan sebagai ahli yang awal kerana nombor keahlian UMNO beliau ialah 2007.

Menurut Dato’ Ustazah Ashah, baginya peristiwa tersebut merupakan peristiwa yang sangat manis buat beliau dan bahkan buat UDM Sg. Kob.

“Peristiwa ini cukup memberi kesan di hati saya kerana sekian lama saya mengenali sosok tubuh ini, akhirnya beliau bersama-sama PAS. Ustaz Haji Mohd Hassan ada memaklumkan kepada saya bahawa beliau sedang menulis biografi tentang pengalaman beliau dalam arena politik.” Katanya.

Dato’ Ustazah Ashah turut berpesan kepada beliau untuk menceritakan juga peristiw penyerahan borang keahlian dalam PAS ke dalam biografi tersebut.

“Ustaz jangan lupa buh sekali pasal keahlian PAS ustaz ni nah” pesannya.

Siapa sangka, orang lama dalam UMNO sanggup meninggalkan parti yang sudah berusia 77 tahun. Tetapi sejak bertukar kerajaan pada Pilihanraya ke-15 hari itu, bukanlah satu kepelikkan ahli UMNO yang meninggalkan parti dan beralih kepada PAS, kerana ahli UMNO sendiri tidak sanggup  dan muak melihat prinsip parti mereka yang sudah semakin longgar!

Bagi kepada semua yang berminat untuk menjadi ahli PAS. Kalian boleh mengisi borang keahlian PAS.

Langkah yang perlu dibuat:
1. Muat turun borang permohonan. Borang asal boleh dimuat turun di laman web https://pas.org.my/download/borang-ahli-pas/. Borang juga boleh diperolehi di pejabat PAS Kawasan dimana anda berada.
2. Isi borang dan serahkan kepada Setiausaha Cawangan untuk proses selanjutnya . jika tiada cawangan hantar terus ke pejabat PAS Kawasan atau Pejabat Perhubungan PAS Negeri Kedah.
3. Yuran keahlian
a. Ahli yuran tahunan : RM5.00 . Untuk kad
keahlian sila tambah RM 5.00.
b. Ahli Yuran sekaligus RM 102.00
(termasuk yuran pendaftaran Dan Kad Ahli)
4. Borang yang lengkap dan diterima di pejabat Perhubungan PAS Kedah akan diproses dalam tempoh sebulan insya Allah.
Nak lebih mudah, kalian boleh ke pejabat PAS Kawasan dimana anda berada.