Home Berita PAS Selangor

VCEE19 serah tong oksigen buat PKD Klang – Pengurus Operasi KMN Selangor

31
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin
Pengurus Operasi Khidmat Malaysia Negeri Selangor

KLANG | Sebanyak 33 tong oksigen pelbagai saiz telah diserah kepada Pejabat Kesihatan Daerah Klang hasil daripada kutipan sumbangan orang ramai melalui Volunteers For Community Engagement and Empowerment For COVID19 di bawah Agen Basmi Covid-19 Nasional NADMA.

Penyerahan dibuat sendiri oleh Y. Bhg. Dato Dr Zainal Arifin Omar, Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM) yang juga Penaung VCEE19 kepada pihak wakil Pejabat Kesihatan Daerah Klang Dr. Sukhvinder Singh Sandhu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam PKD Klang.

Turut sama wakil VCEE19 Tuan Hj Wan Hilmi Wan Mohd Noor Ketua Sukarelawan VCEE19 dan Tuan Shehdi Hazrik Shamsudin Pengurus Operasi Khidmat Malaysia Negeri Selangor, serta pihak PKD Klang Dr. Ho Bee Kiau, Pakar Perubatan Kesihatan Keluarga dan Dr. Siti Hasmah binti Ilias, Pegawai Perubatan PKD Klang.

Difahamkan tong Oksigen tersebut adalah bagi kegunaan pusat saringan covid-19 atau CAC di sekitar daerah Klang, dimana pesakit covid tahap 4 yang dikenal pasti semasa pemeriksaan saringan akan ditempatkan sementara bagi menerima rawatan awal bantuan pernafasan di CAC sebelum dihantar ke Hospital berdekatan.

PKD Klang sebelum ini telah menerima pelbagai bantuan daripada pihak NGO di Selangor ini dan menurut Dato Dr Zainal “hubungan baik kerjasama antara pihak kerajaan dan sukarelawan badan bukan kerajaan ini perlu diteruskan agar kita mempu menghadapi krisis ini secara bersama”.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor