Home Berita PAS Selangor

Khidmat Malaysia Klang salurkan bantuan di kawasan PKPD – PAS Kawasan Klang

26
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Klang

Oleh : Mohd Nasrul Bin Ahmad Tajuddin

KLANG | Pada tanggal 16 Julai 2021 yang lalu, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) telah ditamatkan di Klang namun di Jalan Batu Nilam, Bandar Bukit Tinggi PKPD Dilanjutkan pada 17 Julai 2021 sehingga 31 Julai 2021 kerana masih banyak kes positif Covid-19 di kawasan tersebut.

Justeru, Khidmat Malaysia Klang dengan kerjasama beberapa NGO dah Jabatan Amal Klang mengambil inisiatif untuk menghulurkan sumbangan barangan keperluan harian kepada penduduk Flat Bukit Tinggi terkesan dengan PKPD ini.

Menurut Penyelaras Khidmat Malaysia Klang Ustaz Khalid Nayan, kami hanya dibenarkan menyerahkan bantuan tersebut di pintu masuk kawat berduri yang dikawal ketat oleh pihak berkuasa seperti anggota polis dan penguatkuasa Majlis Pembandaran Klang.

Tambahnya lagi, “Semoga segala urusan penduduk di Flat Bukit Tinggi dipermudahkan dah berharap mereka patuh pada SOP, jangan bertindak secara melulu dan patuhilah arahan pihak berkuasa”.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor