Home Berita PAS Selangor

DHPP Kota Raja kini dihati rakyat – Ketua DHPP Kota Raja

10
SHARE

PAS For All | Dewan Himpunan Pendukung PAS Selangor

Oleh : Rajan Manikesavan
Ketua DHPP Kota Raja

KOTA RAJA | Dewan Himpunan Pendukung PAS Kawasan Kota Raja terus menggerakkan aktiviti kebajikan bagi rakyat di sini dan mengembirakan 5 keluarga dengan kehadiran DHPP Kota Raja dapat meringankan beban sara hidup dengan pelbagai bekalan makanan.

Ketua DHPP Kota Raja, Cikgu Rajan menyertai gerak kerja ke lokasi bersama AJK DHPP mengikuti SOP pagi tadi untuk menyampaikan sumbangan barangan dapur,susu bayi dan bahan mentah sebagai bekalan harian.
Menurut beliau lagi, salah seorang penerima sumbangan Pn.Priya dan keluarganya amat menghormati kehadiran DHPP sebagai sayap/Dewan PAS Kota Raja. Mereka dari kawasan Hulubalang amat terharu dan sedih sebab PRU 14 tidak mengundi pihak PAS namun kami di beri bantuan hari ini dan amat berterima kasih kepada PAS.

Menurut laporan, setiap ahli keluarga dan kanak-kanak yang telah disantuni menunjukkan rasa amat gembira dan terharu dengan keprihatinan DHPP dan PAS Kota Raja. Yang pastinya senyuman mereka, menenangkan dan memberi semangat yang jitu kepada kami.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor