Home Rencana PAS Selangor

Variasi mutasi dan vaksinasi – Ketua Pemuda DPPK Hulu Langat

38
SHARE

May be an image of text

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Zurk Ahmad

Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat

Semua virus termasuk SARS-CoV-2 sentiasa berkembang dari masa ke semasa beradaptasi dengan persekitaran dan perumah.

Apabila virus meniru atau bereplikasi, ia mungkin akan berubah sedikit kerana virus tidak mempunyai dinding sel yang tetap sepertimana bakteria. Perubahan ini disebut “mutasi”. Salah satu ciri-ciri penting yang ada pada virus adalah bermutasi. Virus yang mengalami satu atau lebih mutasi baru ini disebut sebagai “varian” virus asal.

Bilamana virus ini tersebar secara meluas dalam populasi dan menyebabkan jangkitan, kemungkinan virus bermutasi akan meningkat. Dengan kata lain, semakin banyak peluang tersebar maka semakin banyak virus boleh bereplikasi dan bermutasi kerana mempunyai banyak peluang untuk mengalami perubahan.

Kemampuan virus yang bermutasi ini bergantung kepada lokasi perubahan dalam bahan genetik virus. Sebahagian besarnya tidak banyak mempengaruhi kemampuan virus untuk menyebabkan jangkitan dan penyakit baru tetapi ia mungkin boleh mempengaruhi sifat virus. Biasanya ia akan bertambah kuat. Contohnya kadar penularan, yang mungkin boleh merebak lebih mudah selepas bermutasi atau mempengaruhi tahap keterukan (severity) yang mengakibatkan kesan jangkitan bertambah teruk.

Sebenarnya WHO telah mengesan mutasi dan varian baru SARS-CoV-2 sejak bermulanya wabak COVID-19. Rangkaian makmal mereka dapat mengesan sebarang perubahan baru dengan cepat dan menilai kemungkinan kesannya kepada manusia.

Virus dan mutasi sememangnya tidak dapat dipisahkan.

Terdapat empat varian yang sedang mengganas ketika ini iaitu ALPHA (United Kingdom; September 2020), BETA (South Africa; May 2020), GAMMA (Brazil; November 2020) dan DELTA (India; Oktober 2020). Manakala enam lagi sedang disiasat oleh para saintis iaitu EPSILON, ZETA, ETA, THETA, IOTA dan KAPPA.

Kita tidak boleh menghalang virus ini bermutasi. Tetapi kita mampu menghentikan penyebaran. Jangan perlekehkan kempen pematuhan SOP. Teruskan amalan mencuci tangan dengan kerap, memakai pelitup muka, jaga jarak fizikal dan elak tempat sesak. Kita perlu terus berusaha menentang varian baru dengan mengurangkan jumlah penularan virus dan dalam masa sama kita dapat mengurangkan peluang untuk virus terus bermutasi.

Dan sudah tentu jalan keluar utama kita adalah vaksin.

Marilah kita sama-sama bergandingan bagi memastikan program vaksinasi dapat berjalan lancar tanpa ada sebarang gangguan persepsi dan sentimen. Kita sedang berada dalam fasa pemulihan dengan program vaksinasi kebangsaan ini.

Malaysia kini berada dalam kelompok negara terbaik dunia dengan kadar vaksinasi harian yang tinggi. Terima kasih dan tahniah kepada seluruh petugas barisan hadapan negara.

Kita perlu berusaha dan terus berdoa. Akhirnya, kepada Allah kita berserah. Jom vaksin!

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor