Home Berita PAS Selangor

PAS Ampang telah terima stok bakul makanan untuk diedar – PAS Kawasan Ampang

13
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Ampang

Oleh : Umar Al-Hayawi

Ampang | Kini, telah tertubuhnya pelbagai NGO atau Yayasan yang sedia berganding bahu antara satu sama lain dalam sebuah jajaran yang sama iaitu membantu rakyat yang memerlukan bantuan. Kerjasama ini dapat membuahkan hasil yang lebih efisyen, seperti dapat menyerahkan bantuan tersebut kepada lebih ramai orang.

Pusat Khidmat PAS Ampang telah menerima stok bakul makanan daripada Ahli Parlimen Ampang dan beras daripada PAS Negeri Selangor untuk diedarkan kepada penduduk sekitar kawasan Ampang yang terputus bekalan makanan. Menurut laporan setakat ini, sebanyak 100 bakul makanan telah berjaya disampaikan.

Sila hubungi Pusat Khidmat PAS Ampang di talian 03-42934371 atau WhatsApp 019-2482998 sekiranya anda memerlukan bakul makanan ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor