Home Berita PAS Selangor

Penyerahan pek makanan asas kepada yang terkesan – PAS Kawasan Tanjong Karang

8
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Tanjong Karang

Oleh : Umar Al-Hayawi

Tanjong Karang | Rasa kesian dan simpati terhadap mereka yang begitu terkesan dengan PKP ketika pandemik Covid-19 kerana ada dalam kalangan mereka yang terputus sumber pendapatan. Ada yang tidak dapat berniaga seperti biasa, diberikan cuti sementara tanpa gaji, malahan ada juga yang diberhentikan kerja.

Kehidupan yang cukup berbeza dan begitu sukar untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam keadaan bekalan makanan yang telah kehabisan.

Sumbangan pek makanan asas telah disampaikan oleh wakil PAS cawangan kepada beberapa keluarga di beberapa buah cawangan. Alhamdulillah, sebahagian daripada sumbangan ini adalah hasil kutipan dan inisiatif daripada cawangan-cawangan tersendiri.

Marilah kita terus menghulurkan sumbangan kepada tabung bakul makanan Pusat Khidmat PAS Kawasan Tanjong Karang supaya dapat kita sama-sama meringankan beban mereka yang memerlukan.

Bagi yang ingin menyumbang boleh disalurkan ke :-

Bank : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
No. akaun : 12083010021604
Akaun : PAS CAWANGAN TANJONG KARANG

Mana-mana individu yang terputus bekalan makanan boleh hubungi Pusat Khidmat PAS Tanjong Karang di talian : 0124867303

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor