Oleh : RUSILAH MD SOM
SEREMBAN, 20 OGOS: Program vaksinasi yang dirancang oleh negara Malaysia telah sampai pada kadar 50 peratus rakyat yang telah menerima vaksin dan ia merupakan petanda ke arah negara mencapai imuniti kelompok.
Laman Facebook, Ketua Penerangan (KPEN) PAS Negeri Sembilan, Badzli Bakar memetik laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kelmarin, bahawa lebih 50 peratus rakyat negara ini telah mendapat 2 dos vaksin manakala lebih 75 peratus pula telah menerima dos pertama vaksin Covid-19.
“Banyak negara di dunia sedang belajar daripada pencapaian negara kita tentang kaedah vaksinasi yang dijalankan, iaitu pantas dan cekap,” ujar beliau.
Menurut Badzli, masih belum terlambat untuk semua rakyat mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN), iaitu kabinet pimpinan Tan Sri Muhyidin Yassin atas kecekapan dan keperihatinan bagi mencapai kadar vaksinasi 80 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia.
Beliau memetik pesanan Tan Sri Muhyidin dalam ucapan terakhir sebelum beliau sebelum meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 8 telah menegaskan bahawa pelaksanaan program vaksinasi tersebut tidak boleh terganggu.
Menurut Tan Seri Muhyidin lagi, Malayaia adalah antara negara yang telah merekodkan jumlah vaksinasi harian tertinggi dan momentum tersebut perlu dikekalkan.
“Jangan bimbang, kabinet saya telah menempah lebih 87 juta dos vaksin untuk penduduk negara ini yang melibatkan perbelanjaan sebanyak 4.36 bilion ringgit,” kata beliau dalam amanat akhir tersebut.
Justeru, jumlah vaksin yang bakal diterima oleh negara adalah jauh daripada mencukupi untuk semua rakyat negara, jelas beliau.
Melalui pengumuman yang telah disampaikan oleh Tan Sri Muhyiddin, Badzli Bakar menyatakan keyakinan bahawa dengan 87 juta dos yang telah ditempah itu benar-benar mencukupi berbanding jumlah populasi terkini penduduk negara iaitu, 32.7 juta orang.
Tegas beliau itu lagi, “Program vaksinasi yang di laksanakan di negara kita sekarang merupakan kaedah terbaik untuk memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19.”
Perkara tersebut jelas terbukti apabila kadar kemasukan ke hospital, pesakit yang dijangkiti Covid-19 juga semakin menurun dan didapati 87 peratus yang dijangkiti sekarang adalah yang belum menerima vaksin yang lengkap, jelasnya.
Akhirnya beliau berkata “Kita pasti menang”, dengan meletakkan harapan yang tinggi agar negara ini akan mencapai imuniti kelompok se awal bulan Oktober disamping mengajak semua rakyat terus berdoa agar ianya tercapai.