Home Berita PAS Selangor

Serahan bakul PRIHATIN Covid-19 – Muslimat PAS DUN Gombak Setia

20
SHARE

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Gombak | Wabak Covid-19 telah melumpuhkan segalanya di negara kita termasuk pendapatan individu, kesihatan dan sebagainya. Pandemik ini telah memberi kesan mendalam buat semua rakyat Malaysia tidak kira siapa.

Tim Ziarah Kebajikan Halwa DUN Sungai Tua yang bernaung dibawah Parlimen Gombak, diketuai oleh Puan Unai Esah telah mengedarkan Bakul PRIHATIN Covid-19 tajaan Perikatan Nasional kepada 10 buah keluarga yang terjejas akibat pendemik yang melanda negara kita ini.

May be an image of 2 people, people standing, people sitting and headscarfPenerima-penerima yang terdiri dari sekitar cawangan DUN Sungai Tua ini memberikan respon yang cukup baik sepanjang ziarah berlangsung. Semoga sumbangan kecil daripada Perikatan Nasional ini dapat meringankan sedikit bebanan dan kesulitan yang dihadapi oleh mereka.

May be an image of 1 person and standing

Jom sama-sama turut serta bersama Muslimat PAS DUN Gombak Setia untuk sampaikan bantuan buat mereka yang memerlukan. Sumbangan boleh disalurkan melalui pautan di bawah ini:-
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor