Home Berita PAS Melaka

Vaksin dan self lockdown ‘ubat’ Covid-19 – Bahiki

65
SHARE

Oleh AHMAD KAUTSAR

ALOR GAJAH, 26 Mei : “Dua sahaja jalan keluar untuk menangani Covid-19 iaitu vaksin, memberi imuniti berkelompok (herd immunity) dan sekatan pergerakan kendiri (self lockdown),” kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPRN) PAS Melaka, Bahiki Ismail.

Menurut beliau semua umat Islam khasnya kena ada keyakinan bahawa penyakit ini datang daripada Allah SWT dan Dia juga memberikan ‘ubatnya’ iaitu tak lain melalui self lockdown dan vaksin.

“Sebagai rakyat Malaysia mestilah memahami situasi ini, bersama-sama membuat self lockdown untuk diri sendiri dan keluarga kita bagi menghadapi kes jangkitan yang semakin meningkat hari ini,” ujar beliau.

Bahiki menyatakan bahawa semua umat Islam perlu sentiasa memohon kepada Allah SWT, bermunajat supaya Covid-19 ini diangkat oleh Allah SWT.

“Jalan keluar dalam menangani pandemik Covid-19 ini adalah dengan mengambil vaksin terutamanya golongan yang berisiko seperti barisan hadapan, warga emas dan sebagainya.

“Sebab inilah jalan keluar dan betapa penting untuk kita membendung daripada merebaknya virus Covid-19 lebih luas lagi, tidak merisikokan diri kita dan merebak kepada kenalan rapat kita,” ujar beliau.

Tambah Bahiki lagi setiap golongan yang meragui keselamatan dan keberkesanan vaksin perlu berubah dan meyakini pihak kerajaan kerana kerajaan mempunyai pakar-pakar tertentu.

“Mereka utamakan usaha kajian Kementerian Kesihatan dalam pemvaksinan melalui proses-proses yang ketat supaya boleh menyelamatkan serta membendung virus Covid-19 ini. Jadi kita harus percaya pada kerajaan,” kata beliau lagi semalam ketika dihubungi Wartawan Rakyat Melaka (WARM).

 

 

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .