Home Rencana PAS Pahang

VAKSIN COVID-19 : Malaysia Capai 90% Vaksinasi Lebih Awal

40
SHARE

Oleh: ZARIMI SHUBRAWI

Tahniah kepada semua rakyat dan Keluarga Malaysia yang telah menyahut seruan pihak kerjaaan dalam menyempurnakan Program Imunisasi Covid Kebangsaan (PICK) sehingga kita telah mencapai 90% populasi dewasa telah divaksin lebih awal dari yang dijangkakan.

Terus dengan itu, Perdana Menteri mengumumkan kebenaran rentas negeri buat semua. Ambillah peluang ini sebaik yang mungkin. Semua mesti terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan atas nasihat KKM supaya menjalani saringan kendiri dengan menggunakan kit ujian Covid19 sebelum ke mana-mana atau sebelum pulang ke rumah bagi terus memutuskan rantaian virus Covid19.

Insya Allah kita pasti menang dan kita sedang berjuang untuk menang. Elakkan terlibat dengan agenda naratif “vaksin agenda dajjal”. Ambillah maklumat dari mereka yang pakar. Bersatulah rakyat Malaysia untuk memenangi peperangan ini.

Program imunisasi yang dilaksanakan ini adalah merupakan satu program mensejahterakan semua rakyat sesuai dengan konsep Islam yang sememangnya mementingkan keselamatan nyawa sebagaimana yang telah tercatat di dalam maqasid syariah.

Keluarga Malaysia, Kerajaan Prihatin Rakyat.

Sejahtera Bersama Islam.

Mohd Zarimi Shubrawi,
Naib Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang.