Home Berita PAS Perlis

Ulamak mesti memimpin barisan hadapan perjuangan

80
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

ARAU, 11 Okt: Ulamak mestilah memastikan mereka mampu berperanan memimpin barisan hadapan perjuangan.

Menurut Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd. Shukri Ramli, institusi berkenaan merupakan tonggak kepada jemaah Islam ini berdasarkan kepada ketokohan dan tahap keilmuan yang mereka miliki.

Justeru katanya, penguasaan terhadap tiga elemen penting dalam jemaah adalah amat perlu iaitu tarbiyah, siyasah dan dakwah.

“Saya juga menyeru kepada seluruh pendukung ulamak agar sentiasa menguasai ilmu semasa agar ulamak dapat menjuarai isu-isu masyarakat.

“Ini termasuklah soal berkaitan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN),” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Ulamak PAS Kawasan (DUPK) Kali Pertama di Kompleks Pendidikan MADI Jejawi Dalam, di sini semalam.

Seramai 60 orang perwakilan DUPK daripada ketiga-tiga kawasan di negeri ini hadir ke mesyuarat agung tahunan yang dirasmikan secara serentak itu.

Dalam pada itu, Mohd. Shukri turut mengingatkan para ulamak peri pentingnya mereka memainkan peranan dalam menjayakan agenda penyatuan ummah yang diusahakan PAS meskipun berhadapan dengan pelbagai kesukaran pada ketika ini.

“PRU15 nanti akan menjadi mudah apabila ketiga-tiga parti terbesar melayu ini dapat bergerak bersama.

“Jika kita tak bersatu, tidak mustahil Pakatan Harapan akan kembali berkuasa,” katanya.