Home Berita PAS Perak

Usul muslimat Bukit Gantang diterima dengan bahas

33
SHARE

Oleh : Ummu Nidhal

TELUK INTAN, 7 Ogos:
Usul muslimat Bukit Gantang berkaitan isu cuti  tanpa rekod buat isteri yang kematian suami dari 3 hari kepada 10 hari diterima dengan bahas.

Pembahas usul Juwairiah Abdul Wahab berkata, wanita yang kematian suami akan menghadapi tekanan emosi yang berat , tanggung jawab mengurus keluarga dan bebanan kewangan.

Kerana itu katanya,  tempoh cuti tanpa rekod yang lebih panjang sangat perlu bagi memberi ruang untuk mereka meredakan kesedihan seterusnya menguruskan keluarga dan tanggungjawab yang ditinggalkan suami.

Usul ini telah disokong oleh perwakilan dari  Taiping , Nor Sinah Saidin namun mencadangkan agar tempoh cuti dipanjangkan lagi kepada 30 hari .

Katanya,  ini bagi memastikan tekanan emosi yang dihadapi isteri yang kematian suami dapat dipulihkan sepenuhnya dan urusan keluarganya dapat diselenggara dengan baik.

Pandangan beliau turut disokong oleh AJK Dewan Muslimat PAS  Perak Ustazah Ana Mastura Ismail dengan menyatakan  usul ini pernah dibawa oleh Dewan Muslimat PAS Pusat sebelum ini pada Kementerian Pembangunan Wanita Dan Keluarga namun masih belum diterima.