Home Berita PAS Perak

Muktamar Tahunan DMPN fokus ukhuwah ke arah PRU ke15

31
SHARE

Oleh : Siti Aseelah Mohd Noor

TELUK INTAN, Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Perak kali ke 59 telah berlangsung buat julung kalinya di Dewan Wak Johar, Kompleks PAS Teluk Intan (KOMPASTI), hari ini.

Kesiap siagaan Dewan Muslimat Teluk Intan menerima kehadiran perwakilan dan pemerhati daripada 24 kawasan seluruh negeri Perak bermula secara efektif sejak beberapa minggu lalu.

“Doktor Burhanuddin al-Helmi merupakan antara faktor  kejayaan Kepimpinan peringkat Pusat yang berasal daripada Negeri Perak (justeru) semangat ini perlu diterapkan agar gerak kerja Pilihanraya ke15 dapat digerakkan secara lebih efisien,” Kata Exco Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Kerajaan Perak, merangkap PesuruhJaya PAS Perak, Yang Berhormat, Razman Zakaria.

Ujarnya lagi, kita tidak perlu bergantung kepada satu pihak sahaja dan perlu merancang untuk memancing undi dengan mengadakan program seperti Karnival atau Ekspo sebagai tarikan terutamanya pengundi muda 18 tahun.

Dengan kesibukan beliau sebagai Jawatankuasa MAHA yang bermula pada 4 Ogos lalu masih sempat meluangkan masa sebagai perasmi Muktamar Muslimat Perak kali ini.

Muktamar Muslimat diserikan dengan penyampaian Anugerah Khas Jasamu DiKenang kepada Munirah Athirah Hassan Adli yang merupakan anakanda kepada Mantan Menteri Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan, Al Marhum Dato’ Hassan Adli di era pemerintahan Tun Hussein Onn atas sumbangan beliau serta ayahanda beliau selama ini.

Kemeriahan Muktamar diteruskan dengan Anugerah DMPK Terbaik yang diungguli oleh Bukit Gantang, Tambun dan Teluk Intan selaku tuan rumah Muktamar tahun ini.

Seramai hampir 200 orang perwakilan dan pemerhati memenuhi Dewan KOMPASTI seawal jam 8 pagi sehingga 2.30 petang yang mempersembahkan gimik penyerahan tabung Dana Pilihanraya ke 15 oleh setiap Ketua Dewan Muslimat Kawasan dengan iringan perarakan masuk kibaran bendera PAS sebagai simbolik PRU akan datang.

Turut hadir, Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Siti Aishah Ghazali, Wanita Gerakan Perak, Tan Gaik Suan dan Doktor Seah Siok Peh, Ketua Wanita Dewan Himpunan Pendukung PAS Perak, (DHPP) Punidha a/p Subramaniam bersama ahli jawatankuasanya.