Home Berita PAS Wilayah

Ekonomi diperkasa lajukan kerja dakwah

51
SHARE

Oleh: Tia Razali

BATU, 7 OGOS: Kenaikan kos sara hidup yang tinggi, harga barang naik melambung turut memberi impak kepada gerak kerja Jemaah.

Menurut Ketua Dewan Muslimat PAS, YB Senator Ustazah Nuridah binti Mohd Salleh, usaha pendanaan bagi menampung aktiviti gerak kerja Dewan Muslimat terutamanya perlulah lebih kreatif dan mencapah.

“Ahli-ahli Dewan Muslimat yang berkemampuan harus cakna untuk menyokong usaha pendanaan dengan membeli barangan keluaran jemaah dan ahli jemaah,” kata beliau.

Beliau juga menambah bahawa barangan keluaran ahli yang dijual juga haruslah mengikut citarasa pelanggan diikuti dengan tinjauan permintaan yang dimahukan oleh pembeli.

“Kerjasama erat dengan badan NGO dan agensi kerajaan yang relevan harus menjadi pembuka pintu akan usaha penuh inovatif dan kreatif ke arah membangunkan ekonomi dakwah,” ujar beliau.