Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Ustazah Nuridah Tahnik Bayi Selepas Rasmi MAT Kangar

1029
SHARE

Kangar, 24 Mac : Sunnah tahnik telah disempurnakan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd. Salleh kepada cucu seorang AJK PAS Kawasan yang berusia 20 hari.

Bayi perempuan yang diberi nama Nurin Hanan Kamila sempat ditahnik oleh Ustazah Nuridah sebaik sahaja beliau tamat merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kawasan Kangar di Kompleks PAS Perlis.

Ustazah Nuridah juga mengambil kesempatan untuk mendoakan bayi Nurin Hanan Kamila agar membesar dengan sihat dan baik, di samping mendoakan kebaikan bagi sepanjang hayatnya.

Ustazah Nuridah melakukan tahnik atau belah mulut dengan mengunyah kurma dan memberikan air zam-zam kepada bayi tersebut sambil disaksikan oleh ibu bayi tersebut dan beberapa orang Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Kawasan Kangar.