Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Marathon Ziarah Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia

162 views
SHARE

PERLIS, 24 Mac : Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Ustazah Nuridah Mohd Salleh diiringi oleh Penolong Setiausaha 2 DMPM, Puan Norhafiza Fadzil mengambil peluang mengadakan ziarah bersama Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Kawasan untuk mendekati penduduk setempat yang diuji dengan pelbagai jenis ujian hidup.

Ziarah bermula dengan rumah seorang aktivis PAS yang menghidap kanser payudara, Ustazah Marwalis, 48. Derita yang dihadapi menyebabkan beliau tidak dapat berjalan sedangkan beliau masih mempunyai anak-anak yang masih bersekolah.

Rumah kedua merupakan seorang ahli PAS yang kehilangan suami setelah suaminya menghilangkan diri tanpa khabar berita selama setahun.

Perjalanan ziarah diteruskan ke rumah seorang warga emas berusia 76 tahun, Puan Yam Ahmad atau lebih mesra dikenali dengan panggilan “Mak Su” yang menderita sakit buah pinggang sehingga menyebabkan dia tidak dapat berjalan hampir 7 tahun.

Setelah itu, Ustazah Nuridah menziarahi seorang pesakit psoriasis dan saraf di Kampung Hutan Ibus yang terletak dalam DUN Kayang sebelum mendekati seorang muslimat PAS yang aktif mengikuti program anjuran PAS Kawasan, Puan Insun yang terkena jangkitan kuman dalam menyebabkan beliau koma selama 10 hari.

Selain mendekati dan memberikan suntikan motivasi kepada penduduk setempat yang dijumpai, Ustazah Nuridah mengambil peluang mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan mereka.