Home Artikel PAS Melaka

Ustaz Imran lawat PASTI sekitar Masjid Tanah

430
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 6 Julai : Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Imran Abdul Rahman telah mengadakan lawatan ke beberapa buah PASTI sekitar kawasan ini di sini pagi tadi.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya-2 PAS Melaka berkata lawatan ini adalah bagi memantau kepatuhan setiap PASTI terhadap prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang telah ditetapkan pihak berkuasa.

“Alhamdulillah, setakat pemerhatian saya semua PASTI yang telah saya lawati mematuhi prosedur yang ditetapkan.

“Mereka ada sediakan alat pengukur suhu badan dan penjarakan sosial murid-murid juga dipatuhi. Saya berterima kasih kepada semua pengurusan PASTI yang bersungguh-sungguh mematuhi SOP ini.

“Setakat ini saya telah melawat ke PASTI An-Nur di Kuala Sungai Baru, PASTI Al-Jali di Sungai Tuang dan PASTI Harun Ar-Rashid di Londang. Dan insya-Allah kita akan melawat ke PASTI lain dalam masa terdekat ini.” Ujar beliau kepada wartawan kami seusai lawatan itu.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)