Home Berita PAS Negeri Sembilan

Ustaz Fairuz menang di N05 Serting

156
SHARE

Oleh SHARIFAH AJIL

JEMPOL, 12 Ogos : Pertembungan satu lawan satu menyaksikan kerusi N05 Serting telah berjaya ditawan oleh Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri(PRN) kali ke 15 di sini, hari ini.

Ustaz Fairuz Isa telah meraih undi sebanyak 10,312 mengalahkan calon dari Barisan Nasional (BN), Muhammad Zamri Omar yang memperolehi 9,469 undi setelah diumumkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam ini.

Jumlah undi berdaftar adalah 30,287 dan yang keluar mengundi 19,781 dengan majoriti undi sebanyak 843 undi.

Pada PRU 14 yang lalu, kemenangan berpihak kepada calon Barisan Nasional (BN), Dato’ Shamsulkahar Mohd Deli. Beliau telah memperolehi 9,782 undi dengan majoriti 3,768.

Beliau telah mengalahkan calon daripada PAS, Muhamad Alzukri Muhamad Yassin yang mendapat 1,837 sementara calon PKR-PAN, Abd Rahman Ramli yang memperolehi 6,014 undi.

Ustaz Fairuz mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi di N05 Serrting yang telah memilihnya.

“Juga kepada semua petugas, penyokong dan pendokong yang telah memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada beliau.

“Tidak lupa juga barisan hadapan yang setia berkhidmat, anak rantau yang pulang turun mengundi dan semua masyarakat yang menunaikan tanggungjawab hari ini,” jelasnya di laman facebooknya.