Home Berita PAS Negeri Sembilan

Tiada parti perolehi Majoriti di Negeri Sembilan – SPR

75
SHARE
Gambar sumber Utusan Malaysia

Oleh NAZIRUL MUNIR

JEMPOL, 13 Ogos – Tiada mana-mana parti yang berjaya memperolehi majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan.

Demikian dinyatakan oleh Tan Sri Abdul Ghani Salleh, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada sidang media semalam.

“Sehinga pukul 11.00 malam 12 Ogos 2023, keputusan yang diperolehi oleh calon-calon yang mewakili parti-parti politik dan juga calon bebas adalah seperti berikut, Pakatan Harapan 17 kerusi, Barisan Nasional 14 kerusi manakala Perikatan Nasional 5 Kerusi”, ujar beliau.

Pada Pilihan Raya Negeri Kali ini, PAS memenangi 3 kerusi iaitu di N05 Serting, N25 Paroi dan N31 Bagan Pinang daripada 13 kerusi yang ditandingi.

Manakala Bersatu mendapat 2 kerusi iaitu di N20 Labu dan N34 Gemas daripada 15 kerusi yang ditandingi.

Pilihan Raya Negeri kali ini menyaksiakan PAS kekal memerintah Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Manakala Pulau Pinang dan Selangor diperintah oleh Pakatan Harapan dan kerusi Palimen Kuala Terengganu juga dimenangi oleh penyandangnya Dato’ Haji Amzad Hashim menewaskan Azan Ismail dari Pakatan Harapan dengan majoriti 47,266 undi.