
Ustaz Akmal bersama-sama petugas dari setiap jabatan keluar untuk memastikan seramai mungkin orang kampung daftar vaksin. Alhamdulillah hari ini dimaklumkan oleh ADO Pejabat Daerah Selama seramai 1660 orang yang mendaftar.

Terima kasih diucapkan kepada semua petugas yang berganding bahu demi ikhtiar menyembuhkan penyakit dan melawan Covid 19 ini. Semoga dengan usaha ini dapat membuahkan hasil. InsyAllah..

