Home Berita PAS Selangor

PAS Cawangan Bukit Changgang santuni mereka yang memerlukan – PAS Kawasan Sepang

11
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sepang

Oleh : Umar Al-Hayawi

Sepang | Di musim pandemik ini ramai yang terjejas dan memerlukan bantuan. Mereka ini, ada yang dibuang kerja, kehilangan punca pendapatan, kehabisan bekalan makanan, kematian punca rezeki keluarga dan pelbagai lagi ujian.

PAS Kawasan Sepang terus menyantuni mereka yang memerlukan bantuan, semampu yang boleh. Bantuan yang diberikan berbentuk bekalan makanan asas, beras dan lain-lain. Bantuan juga akan diberikan sesegera yang boleh.

Allah beri kita ujian wabak, Allah juga membuka peluang kepada kita untuk melakukan kebajikan. Ayuh bersama sertai mereka. Mudah-mudahan dengan asbab ikhlas dan suburnya kebajikan yang dilakukan, Allah hilangkan wabak dan musibah yang sedang kita hadapi.

Terima kasih kepada yang turut serta membantu usaha mereka. Teruskan amal kebajikan anda !

Bagi yang ingin turut serta menyumbang boleh hubungi :-
Ust Sharif tel : 0192023085
En Fadil tel : 0166106649

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor