Home Artikel PAS Perak

AMAL Tambun Beri Khidmat Operasi Cegah Denggi

555
SHARE

Tambun: Berikutan banyak kes denggi yang berlaku sejak akhir-akhir ini, kesedaran orang ramai untuk membanteras kekangan ini dan menyokong usaha pihak berkuasa amat digalakkan, demikian seru Pembantu Kesihatan Awam Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Indiran Chandran.

Beliau berkata sedemikian ketika melancarkan program operasi denggi yang dianjurkan oleh Unit Pendidikan Kesihatan (UPK) Pejabat Kesihatan Daerah Kinta dengan kerjasama Jabatan Amal Malaysia (AMAL) Kawasan Tambun, di Kg Sungai Tapah Tambahan, di sini baru-baru ini.

Komandan AMAL kawasan Tambun, Ahmad Thaqiff Hamzah ketika ditemu ramah berkata, seramai 15 anggota AMAL Tambun telah dikerahkan hadir bagi mendokong usaha pihak berkuasa antaranya hebahan bahaya denggi dari rumah ke rumah dan kerja-kerja membersihkan Kawasan perumahan.

Turut terlibat menjayakan program ini Pengerusi Prihatin Rakyat Dun Manjoi, Ustaz Hafez Sabri, Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, Syed Mohd Noor Hisam Syed Hassan dan “Communication for Behavioural Impact” (COMBI) Kg Sungai Tapah Tambahan serta penduduk setempat.

Ketika ditemui, Ustaz Hafez yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Kawasan Tambun berkata usaha semua pihak yang bertungkus lumus menjayakan program ini amat penting bagi memastikan kebajikan dan penduduk terpelihra serta membasmi masalah denggi di kawasan perumahan tersebut.

 

“Anggota AMAL Kawasan Tambun yang turun pada hari ini bersedia pada bila-bila masa untuk menghulurkan bantuan kepada masyarakat kerana Jabatan Amal Malaysia ini adalah satu badan kebajikan yang begitu sinonim membantu masyarakat” ujar beliau.

Terdahu, operasi yang sama turut dilaksanakan di Kg Dato’ Ahmad Said Tambahan 2 (KDAS2) berikutan rekod kes denggi yang tinggi di kawasan itu iaitu 37 kes.

Turut bersama juga dalam program ini adalah Pegawai-Pegawai Pendidikan Kesihatan Daerah Kinta, Pengerusi COMBI Kg Dato’ Ahmad Said Tambahan 2, Hassanudin Jiran, Pengerusi COMBI Kg Sungai Tapah Tambahan, Shariff Mat Yusoff, NGO-NGO setempat dan Kerjasama penduduk.