Home Artikel PAS Pahang

Kenali Pengarah Jabatan Amal (JAMNP) Pahang

538
SHARE

Dikenali dengan nama panggilan Asra Harada atau asra asmidas.. nampak penampilan seperti orang biasa sahaja bekerja di ladang.. juga merupakan seorang bilal yang merendah diri walau lunakmya suara mengalun azan dan zikir.

Tetapi ramai yang tidak tahu susuk tubuh sahabat ini seorang yang mempunyai pengalaman yang sangat besar nilai pengorbanannya..
Beliau merupakan anak sulong dalam keluarga dan ramainya adiknya boleh dikatakan berjaya. Tentu bermain di fikiran kita kenapa adiknya berjaya keperingkat yang lebih tinggi tetapi beliau terhenti pembelajaran selepas SPM?

Jika sebelum ini kita pernah melihat cerita drama dalam TV yang seorang abang sanggup tidak meneruskan pelajaran demi membantu keluarga dan ingin melihat adiknya berjaya, maka ini adalah kisah realitinya di dunia yang nyata ini..

Beliau merupakan salah seorang pelajar yang boleh dikategorikan berpotensi cemerlang dengan result yang agak baik ketika di peringkat SPM suatu ketika dulu. Namun, demi membantu keluarga dan ingin melihat adik berjaya, beliau sebabai anak sulong berkorban demi kehidupan ini. Itulah hakikat pengorbanan seorang anak pertama @ sulong.

Seorang yang lasak dan ringan tulang dalam membantu sahabat dan insan yang dalam kesusahan. Nampak perwatakan ceria tetapi yang mengenali beliau pasti tahu senyuman itu untuk menutup lelah beliau bekerja.

Pernah melalui kisah dan peristiwa fitnah yang sangat menguji, tetapi الله membantu dan sayang pada insan yang baik pekerti ini dan الله selamatkan beliau dengan sebaiknya. Sedangkan sahabat baginda Rasulullah ﷺ yang dijamin syurga juga tidak terlepas dari fitnah di zamannya..

Saya mengenali beliau seorang yang agak cemerlang akademiknya..tetapi tertanya-tanya kenapa beliau memilih untuk bekerja awal selepas SPM walaupun resultnya agak baik. Namun, berat mata memandang, besar lagi pengorbanan yang beliau lakukan.

Jangan anggap beliau menyarung uniform ladang ini, beliau tidak berpendidikan tinggi, tetapi ianya cuma terhalang dek tanggungjawab dan pengorbanan seorang abang. Beliau sahabat yang baik dan bertanggungjawab.

Kami adalah anak murid kepada “GURU” yang sama. Dididik di asuh, beramal dan berjuang #demiislam.

Itulah dia yang menyarung uniform merah ini yang ditaklifkan sebagai Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Pahang.

Semoga JAM terus menyambung kecemerlangan #demiislam.

سيروا على بركة الله

Catatan Oleh : Razak Zain
Sahabat Kebajikan Fisabilillah