Catatan Oleh : Ziaul Haq
SUNGAI PINANG, 28 April – Proses penamaan calon bagi P050 Parlimen Jeluton pagi semalam berlangsung dengan aman tanpa sebarang provokasi dari mana-mana pihak.
Ketibaan calon PAS bagi Dun N.30 Sungai Pinang, Yacoob Bin Omar diiringi oleh kira – kira 100 orang penyokong parti itu. Laungan takbir dan selawat bergema sejak perarakan bermula sehinggalah beliau masuk ke pusat penamaan calon di Penang Free School.
SPR pada pagi tadi mengisytiharkan kebenaran bertanding untuk calon PAS iaitu Yacoob Bin Omar, calon BN iaitu Ng Fook On, calon MU iaitu Tan Sim Bee, calon PKR, Lim Siew Khim, calon PSM iaitu Teh Yee Cheu serta calon Bebas, Yacoob.
Kerusi N.30 Sungai Pinang bakal menyaksikan pertembungan antara 6 penjuru antara penjuru yang terbanyak dalam kerusi-kerusi di Pulau Pinang.
Pengarah Jentera Pilihanraya DUN N.30 Sungai Pinang, Sarfaraz Ahmad berkata, perjuangan Islam bukan sekadar bergantung kepada kuasa, jentera dan kemampuan kewangan serta teknik dan strategi yang dilangsungkan semata-semata.
Tetapi ada perkara yang lebih besar iaitu pergantungan kepada Allah SWT secara berterusan. Bahkan ia menjadi satu keutamaan meletakkan Allah di atas dalam segala kerja buat kita.
“Kalau kita nak bandingkan dengan kemampuan kewangan yang kita ada berbanding dengan pihak lawan sudah tentu kita tidak mampu mengatasi mereka,
“Dan kalau kita banding dengan jentera lawan yang memanfaatkan serba aneka jentera kerajaan demi kepentingan mereka dengan media mampu sampai ke segenap ceruk rumah,
“Tetapi kita yakin bahawa disamping kudrat sebagai manusia kita ada Allah tempat untuk berharap,”
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media sewaktu penamaan calon di tapak penamaan calon P.050 Jelutong pagi semalam.
PAS mempertaruhkan Usahawan dan Bekas Ahli Majlis MBPP bagi menghadapi 6 Penjuru di Kerusi N.30 Sungai Pinang. Calon PAS juga merupakan anak tempatan Sungai Pinang serta bekas Ahli Majilis Majlis Pembandaran Pulau Pinang yang di pecat oleh DAP sewaktu PAS berada di dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang apabila Pakatan Rakyat menang pada tahun 2008.
#YaAllahMenangkanPAS
#MalaysiaSejahtera
#GagasanSejahtera
#BeriPASsatuPeluang
#SungaiPinangSejahtera
#PASTawanN30