Home Berita Dewan Ulamak PAS Pusat

Zuhdi: Penyertaan Orang Muda Iringi Pencalonan Luar Biasa

882
SHARE

Zuhdi: Penyertaan Orang Muda Iringi Pencalonan Luar Biasa
Oleh: Aishah Halim

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marsuki sah bertanding sebagai calon PAS di Parlimen Shah Alam.

Dalam sesi ucapannya, beliau menyifatkan bahawa PAS telah mencapai kemenangan yang pertama pada hari tersebut.

Hal demikian katanya ekoran gelombang luar biasa anak muda yang memenuhi pekarangan hari pencalonan.

“Kerana berdasarkan kepada pemerhatian yang dibuat, jentera kita, perhimpunan dan perarakan kita adalah yang paling besar sekali.

“Yang paling ramai dianggotai oleh anak-anak muda,” ulas beliau.

Beliau berkata demikian semasa majlis penamaan calon P108 Shah Alam, N40 Kota Anggerik dan N41 Batu Tiga di Dewan Teratai Majlis Bandaraya Shah Alam pada 28 April 2018.