Home Berita Dewan Ulamak PAS Pusat

Undilah PAS

929
SHARE

RISALAH UNTUK PENGUNDI

Bilangan: 18

UNDILAH PAS

Oleh:
USTAZ MOHD ASRI MAT DAUD
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat

1. Allah SWT berfirman:

وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ ۖ وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

“Dan katakanlah (wahai Muhammad): beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.” [at-Taubah: 105]

2. PAS adalah sebuah Gerakan Islam yang melaksanakan aktiviti amal Islami ke arah mencapai cita-cita perjuangan Islam iaitu meninggikan kalimah Allah sehingga ia mengatasi ideologi ciptaan manusia. Penyertaan PAS dalam medan siasah adalah sebahagian dari tanggungjawab perjuangannya untuk mendaulatkan syariat Allah SWT di atas muka bumi ini.

3. Perhitungan Politik PAS adalah berteraskan agama dan bukan perhitungan politik kuasa semata-mata. Sementara perhitungan dalam dunia politik kini ialah bagaimana ingin menang, bagaimana untuk dapatkan undi melayu dan bukan melayu. Kadang-kadang kita lupa bertanya bagaimana untuk mempertahankan Islam dan memenangkan Islam!

4. Umat Islam pada zaman ini hendaklah menjulang tuntutan Islam pada kedudukannya yang asal khasnya di zaman lahirnya doktrin perosak pemikiran umat Islam yang dibawa oleh Evengelis, Atheis, Sekularis dan lain-lain.

5. PAS dengan budaya Politik Matang dan Sejahtera yang dibawa kini adalah sangat relevan dan menekankan kepada inisiatif penyelesaian kepada masalah yang timbul. Inilah fokus politik PAS iaitu untuk membawa penyelesaian Islam kepada negara, bukan berebut kuasa semata-mata. Budaya politik PAS juga bukan berlatarkan perbalahan atau permusuhan, selagi mana pihak lain tidak memusuhi Islam.

6. Tibanya masa untuk tidak lagi bersama pemerintahan UMNO/BN yang sering menonjolkan pelbagai agenda berlabelkan Islam namun mengelirukan masyarakat. Kepincangan dalam urustadbir negara semakin berleluasa termasuklah ketirisan harta negara yang akan memusnahkan negara jika tidak dibendung.

7. Kita tidak mahu melihat negara kita yang kononnya dikatakan menjulang tuntutan Agama Islam, akan tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya sebagaimana ungkapan penyair Arab terkenal, Mahmoud Ghanim;

إِنِّيْ اِتَّجَهْتُ إِلَى الِإسْلاَمِ فِيْ بَلَدٍ أَجِدُهُ كَالطَّيْرِ مَقْصُوْصًا جَنَاحَاهُ

“Aku berjalan melihat Islam di negeri umat Islam, aku dapatinya seumpama burung yang patah sayapnya.”

8. Oleh yang demikian, seluruh pengundi diseru agar memikirkan soal masa hadapan kedaulatan Islam di negara kita. Berilah peluang kepada PAS bagi mengambil alih pentadbiran negara sebagaimana agenda yang telah dinyatakan melalui Wawasan Induk Negara Sejahtera.

9. Dewan Ulamak PAS Pusat turut mengingatkan agar seluruh pengundi menjaga beberapa garis panduan asas semasa hari mengundi, iaitu:

1) Mengundi adalah hak bagi semua warganegara dan kewajipan yang mesti dilaksanakan.

2) Setiap pengundi wajib keluar mengundi dengan apa sahaja usaha walaupun ada kesukaran dan halangan pihak tertentu.

3) Hendaklah mengundi calon yang bertanggungjawab terhadap Islam sebagai agama rasmi negara serta meletakkan kemaslahatan negara sebagai keutamaan.

4) Sepanjang tempoh mengundi, mestilah berakhlak mulia dan menjauhi segala perkara yang bercanggah dengan Syarak.

Terbitan:
Jabatan Pilihan Raya Ulamak
Dewan Ulamak PAS Pusat

22 Syaaban 1439H / 8 Mei 2018 (Selasa)

 

Muat turun dokumen (versi PDF) bagi tujuan cetak & sebaran kepada pengundi PRU14 di pautan berikut:


risalah untuk pengundi – bil 18