Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Munajat Senjata Terhebat Ummat Islam

590
SHARE

Munajat Senjata Terhebat Ummat Islam

1. Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk seluruh jentera PAS berkempen, tidak kurang juga ramai perantauan yang sudah sampai di kampong halaman untuk mengundi.

2. Malam ini 8 Mei, Ustazah mewakili seluruh kepimpinan Dewan Muslimat PAS Malaysia merayu dan mengajak semua jentera PAS muslimin, muslimat agar bangun di malam hari bermunajat bersungguh-sungguh kepada Allah.

3. Dalam setiap sujud terakhir dan doa kita, niatkan sekali untuk kemenangan PAS dalam PRU 14.

4. Perbanyakkan istighfar kepada Allah, mohon keampunan di atas segala kekurangan dan kealpaan sepanjang gerak kerja PRU yang dilakukan.

5. Ustazah mengingatkan semua agar teruskan beristigfar dan berdoa sepanjang hari mengundi esok tak kira walau di mana sekalipun kalian berada.

6. Ustazah percaya dan yakin, Allah S.W.T akan terima dan kabulkan permintaan dan permohonan kita andai kita bersungguh dan ikhlas memohon.

7. Akhir kata, selamat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dan bersama kita membina Malaysia Sejahtera bersama Islam.

Ya Allah Menangkan PAS!

Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
8 Mei 2018 bersamaan 22 Syaaban 1439H