Home Berita PAS Kedah

UNDI18: Bukan cabaran tapi peluang besar bagi Pemuda PAS dekati anak muda

121
SHARE

Oleh MUHAMMAD HAFIZ

ALOR SETAR, 30 Okt –  Undi-18 merupakan perkara yang baharu dan kita sebagai Pemuda PAS tidak lagi boleh berada di takuk yang lama sebaliknya perlukan kepada strategi dan pendekatan bagi menghadapi cabaran ini.

Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Pokok Sena, Ustaz Ahmad Hamadah Mohamed Shauki berkata pemikiran yang menganggap Undi-18 ini sebagai beban hendaklah ditukar kepada peluang baik bagi Pemuda PAS untuk mendekati golongan muda

“Oleh itu, kami (Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah) ingin memberikan beberapa cadangan. Yang pertama, kita perlu bina hubungan yang lebih akrab dengan anak-anak muda di kawasan,

“Yang kedua, penampilan kita hendaklah diubah kepada yang lebih mesra dengan pakaian mereka (anak muda”, ujar beliau ketika berucap di sesi Perbahasan Ucaptama Ketua Pemuda, Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia kali ke-62.

Beliau juga meminta agar Pemuda PAS supaya menjaga kesihatan diri agar lebih kerap dapat menyertai aktiviti anak-anak muda seperti bersukan dan sebagainya.

Tambah beliau aktiviti sukan juga perlu kerap dianjurkan oleh Pemuda PAS agar golongan ini (anak muda) akan lebih tertarik untuk sertai sekaligus membina hubungan baik dengan Pemuda PAS.